BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Birthday @ 24 Jan 2009

Mase cepat betul berlalu kan.....hari ni 24 Jan 2009...my Birthday yg ke 32 thn...alahai bertambah dah umo ku....namun alhamdulillah dan bersyukur sangat2...tuhan telah panjangkan usiaku hingga kini...dan dalam seusia ini diri ku telah pon mempunyai 4 buah cinta yang sedang membesar dan bakal menerima kehadiran buah cinta yang ke 5 pula yang bakal menjengah dunia tak lame lagi...

Di kala ini mama teringat kembali jalur perjalanan hidup mama..segala suka duka dan dugaan yang tuhan kurniakan...kadangkala terfikir juga betapa tabah juga mama ni...semuanya kerana yang ESA dan orang tersayang di sekeliling mama.....

Perkara pertama yang membahagiakan mama adalah pabila merasakan perasaan Cinta yg mula hadir saat bertemu dengan abah( asben tercayang)..memang sewaktu bercintan dulu macam2 sudah mama lalui dengan abah...terkadang sampai bengkak2 mata menangis sepanjang malam kerana rindu teramat sangat pd abah...mase mama dengan abah bercintan dulu memang sukar tuk berjumpa...kaki mama ni bagaikan diikat tak boleh kemana2..nak jumpa pon sorok2...huhuhu...tapi alhamdulillah kite berjaya lalui sehingga di Ijabkabulkan pada 28 November 1998....dan bersanding pada 29 November 1998....

Dan selepas bergelar isteri pada abah..mama sungguh bahagia sehinggalah kini.....mama juga amat bersyukur abah tak pernah berubah dari mase mula2 kite bejumpa hingga setelah usia perkahwinan kite menjangkau 10 tahun ini....mama harap biarlah berkekalan hingga ke liang lahad hendaknya...

Herm...emosi pulak mama ni kan....terharu sangat mama tgh malam tadi..di kala tepat pukul 12.00am 24 Jan 2009..tibe2 mama terkejut dengan bunyi alarm hp, rupa2nyer...ucapan dan lagu Happy Birthday dari abah dan anak2...tak tau mama nak gambarkan perasaan mama ni...terima kasih abah...terima kasih anak2 mama....

2 comments:

Aida Alias said...

hhohoohho HAPPY BIRTHDAY!! semoga sihat ceria.. bahagia selamanya....

Eazyshop2u said...

Salam,

Tumpang iklan....

Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing.

TQ..