Mama sedang berpantang
Pic ni diambil masa hari last sekolah...sekarang mama tengah pantang sbb keguguran tu...sedih gak berpantang tanpa bb disisi...mama dapat MC 2 minggu..anak2 apa lagi memang suke mama dieorang ade kat umah kan...rasenya mana2 anak suke mama n ayahnye kat umah kan..heheheh
Sambil2 tu mama sibuk juga mengait tempahan customer...tapi tak la sebz time mama keje..la ni kat umah ade banyak la mase free kan...
Sekarang bucuk mama danny tengah x berapa sihat...demam selsema batuk..memang time betul mama cuti mase ni...sentiasa di sini sayang mama kan...sekarang tecik mama ni makan pon nak makan sendiri...nak kene ade pinggan die juge..hehehe...x nak mama suapkan...
Hari ni x tau lagi mama nak masak ape...tgh duk pikir......
Labels: Nukilan MaMa
DIA penentu segalanya
lepas sahaja keluar dari bilik doctor, meleleh juga air mata mama di pipi ...mama dah tak terdaya menahan airmata itu mengalir...namun mama redha semuanya ada hikmat di sebaliknya Selepas pemeriksaan doctor di MHKL...masih ada sebahagian kandungan yg tertinggal didalam rahim mama....jadi doctor telah berikan satu tarikh untuk mama datang or admit ke MHKl untuk membuat proses 'CUCI' bagi membuang sisa yg tinggal didalm rahim mama...adoi seram je mama dengar....
19hb Nov 2010..pukul 6.30am mama dah admit ke wad...sepanjang jalan menuju ke katil mama di kiri kanan nampak la mama bayi2 comel yg telah selamat di lahirkan...aduhai kuatkan lah hati ku ya ALLAH...memang terasa sebak amat...
Pukul 3.30 ptg mama pon di bawa nurse masuk ke bilik OT@dewan bedah untuk mama jalani proses tu...memang seram dah masuk bilik OT tu...selepas doctor berikan bius..mama terus tido tidak sedar dah...biler tedengar sayup-sayup doctor panggil nama mama, mama dah tau proses telah selesai...memang x rasa sakit...cuma rase kurang selesa... Terpaksalah mama bermalam di wad mlm tu...alhamdulilah doctor kata semuanya dah ok...x de ape yg perlu di risaukan....
Labels: Nukilan MaMa
Alhamdulillah
Mesti dah taukan tengok pic atas ni...alhamdulillah....dah pon 7 minggu lebih...namum dalam kegembiraan mama...ada juga kepahitan...ape pon semuanya dugaan dariNYA...DIA yang lebih mengetahui....
Memang dah sah pengnant, tapi mase doctor buat scan...x nampak pon denyutan bb..aduhai...dalam pada tu pon sekarang ni mama sedang discaj(macam period) dah 13hari...makin lame makin sedikit....
Minggu depan mama kene pegi cek kat hospital...semoga semuanya selamat...mama doa agar bb mama di dalam dalam keadaaan sihat.....aminnn....
Labels: Nukilan MaMa
Hobi suke suki mama
Assalammualaikum...
dah lama mama x n3 blog mama nie...bz amat...mama tau ade yg sudi menjengah di sini..terima kasih yea....
Agak2nye mama bz pasal ape ye...hehehe....dah tentu lah seorang wanita bergelar mama, isteri dan pekerja...memang bz lah kan...saper2 pon tau..tambah2 anak mama sekarang dah 5 org...namun alhamdulillah cayang2 mama sume memahami dan mendengar kate..cume si kecik danny lah x berapa nak paham hihihi...ye lah baru je ber umor setahun 7 bulan lebih kurang...dan abah juga banyak membantu mama dr segi hal rumah tangga...thanks yang...
Oh ye tentang bz sebenarnye dah bertambah dgn hobi mama yg suke ber CROCHET...dan skang banyak juga terima tempahan...herm alhamdulillah....kalo nak tengok jemput lah klik kat link ni >>> http://www.mymomcollections.blogspot.com/ ....
Ape pon memang best ber crochet...segala apa tension yg mama rase..akan ilang mase mengait2 tu....
Labels: Nukilan MaMa
angah kene DEMAM DENGGI
Sungguh mama tak sangka anak mama terkena DEMAM DENGGI...betul2 terkejut bila doctor maklumkan macam tu..Allah je yang tahu perasaan abah dgn mama...Ya Allah Selamat kan lah anakku.... itu lah yg kami doakan dalam hati...
Angah memang dah demam hampir seminggu...hari ke 3 dan hari ke 4 mama dah bawak pegi ke hospital untuk cek darah...hari pertama cek darah bacaan yg berkaitan iaitu 233.....hari ke 2 cek darah bacaan yg berkaitan iaitu 187...mase tengok report yg ke 2 ni hati mama memang x sedap dah...sbb bacaan tu dah menurun...tapi doctor mengatakan darahnye ok aje...then kami pon balik doctor berpesan datang balik jika masih demam lagi...jika tidak tak perlu datang lagi...
pada hari yg ke 4 angah dah x demam...ini berdasarkan pemeriksaan mama pd angah...tapi hati mama masih bimbang sbb angah memang masih kelihatan tak sihat lagi sbb memang x aktif langsung...oleh kerana itu mama continue juga bagi angah minum 100plus banyak2....namun masih tidak berkesan...tambahan mula selera makan angah memang xde langsung kerana die x nak makan...makan pon kerana mama pakse tu pon sikit jea..
Oleh kerana tak berpuas hati..pastu angah ade mengadu sakit di bahagian perut..mama pon bawak pegi ke hospital lagi...memang terkejut bile doctor beritahu positif denggi...bacaan darah rendah 66 jea...doc kate sepatutnye time ni keadaan bleh jadi kritikal..YA ALLAH anak mama...mase tu air mata mama dah meleleh...tp mama cube tabahkan hati...Ya Allah tolong lah selamatkan anakku...kuatkan lah semangat die...kuatkan semangatku...
Labels: Nukilan MaMa
Selepas admit di wad KK2 Hospital Kuala Lumpur doctor terus masukkan drip...dan doctor suruh minum air banyak..dan itulah yg kami lakukan supaya angah cepat sembuh...doctor memberitahu denggi akan menyebabkan darah menjadi pekat...dan ini lah yang akan membuatkan sistem dalam badan menjadi lumpuh dan seterusnye boleh membawa maut...jadi dengan minum air yg banyak dapat mencairkan darah kembali ke normal....
Mama dgn abah pon sedikit sebanyak memaksa angah minum air dan 100plus tapi sedikit demi sedikit...memang angah patuh.. sian anak mama...sehari 4 kali doc ambil sample darah untuk di uji darahnye untuk memantau jumlah kepekatan darah samada normal atau sebaliknyea...
Berkat kesungguhan itu...alhamdulillah darah kembali normal...dan denggi sudah tiada lagi dalam tubuh angah...syukur sangat-sangat....
Labels: Nukilan MaMa
Sayangilah Ibu dan Bapa kita....
Di bawah ini terdapat sebuah artikel yang di petik dari mymetro. yang menarik untuk kita renung-renungkan bersama.
Sesiapa yang masih ada ayah atau ibu, maka sayangilah mereka dan hormatilah mreka dengan sepenuh hati.
Biar pun siapa mereka yang sebenarnya.
Biar buruk sekali pun tingkah laku mereka terutama semasa di zaman muda-muda dan sebagainya. Mereka tetap ayah dan ibu kita.
Kerana mereka kita di lahirkan. Jika tiada ibu dan ayah maka tiada lah kita di dunia ini.
Oleh itu selagi mereka masih ada pelihara dan jagalah mereka dengan sebaik-baiknya.
Jangan di bar kan mereka tanpa jagaan yang sewajarnya atau jangan di letakan mereka di rumah-rumah kebajikan atau ruma orang-orang tua.
Ingatlah suatu hari nanti kita juga akan jadi tua.
kita yang punya anak tak mustahil jika anak kita memperlakukan prkara yang sama sebagai mana kita memperlakukan perkara tersebut kepada kedua-dua ibu dan ayah kita.
Buang ibu demi maruah
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro. com.my
PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.
Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami.
Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian.
Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.
Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki terbabit secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta sedekah itu ke rumah kebajikan dan terus memutuskan hubungan dengan manusia yang begitu banyak berbudi kepadanya sebelum ini.
Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya ketika menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama baiknya tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi pelacur.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terpelajar itu didedahkan Pengasas Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, dekat sini, Muji Sulaiman, semalam.
Muji berkata, anak lelaki bongsu wanita itu menghantar ibunya ke pusat jagaan terbabit ketika wanita itu berusia 84 tahun selepas mendapat maklumat ibunya pernah melacurkan diri selepas ditinggalkan suami, semata-mata kerana mahu menyara anaknya.
“Lelaki itu memberi alasan malu mempunyai ibu yang pernah menjadi pelacur.
“Apa yang menyedihkan dia menghilangkan diri dan tidak lagi menjenguk ibunya sehinggalah wanita itu meninggal dunia baru-baru ini,” katanya.
Muji berkata, dia yakin anak wanita itu mempunyai kedudukan sama ada dalam syarikat swasta atau kerajaan berdasarkan penampilan dan kenderaan mewah dipandu ketika menghantar ibunya ke pusat berkenaan.
Menurutnya, bagi mendapatkan kepastian tuduhan lelaki itu, beliau menyoal sendiri wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit pelacuran kerana kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan perbelanjaan harian tiga anaknya.
“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, warga emas itu mengaku menjalani kehidupan yang cukup daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selepas ditinggalkan suami ketika anak masih kecil.
“Wanita itu memberitahu, dia terpaksa berlapar bagi memastikan anaknya dapat makan kerana wang dimiliki hanya cukup bagi membeli makanan tiga anaknya,” kata Muji sambil menitiskan air mata.
Muji berkata, wanita itu mengaku dia terpaksa melacur kerana tidak sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.
Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan itu menyebabkan dia dihina masyarakat, wanita berkenaan terpaksa melakukannya bagi menyara persekolahan dan kehidupan anaknya.
“Saya difahamkan, tidak ada ahli keluarga wanita itu mahu menjaganya selepas mengetahui dia pernah menjadi pelacur bagi menjaga maruah keluarga masing-masing.
“Walaupun sedih, wanita berkenaan reda dengan perbuatan anaknya yang tidak mengenang jasa ibu,” katanya.
Menurut Muji, anak lelaki wanita itu tidak sepatutnya membuang ibunya kerana wanita itu tetap ibu yang melahir dan membesarkannya walaupun terpaksa berdepan pelbagai kejian dan umpatan masyarakat.
“Apa yang dialami wanita ini kenyataan yang dicerita sendiri kepada saya dan tidak menyangka masih ada anak sanggup menyisih ibu yang melahirkannya sehingga wanita itu meninggal dunia tanpa seorangpun ahli keluarga di sisi.
“Sebagai anak, kita sepatutnya membalas jasa ibu, bukannya membuang mereka
Sekian salam kasih mesra yang abadi.
Labels: Nukilan MaMa
Sampainya hati bayi di buang.....
Amalan membuang bayi atau anak sudah menjadi perkara biasa di negara ini. Lalu mereka yang terlibat sama ada lelaki atau perempuan sudah tidak berasa berdosa atau bersalah lagi. Malah mereka sering mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka sedar amalan itu satu larangan. Meskipun kejadian itu sering dipaparkan oleh media dan penguat kuasa agama sudah bertindak, mereka tidak pernah bimbang.
Dalam laporan Utusan Malaysia semalam, 21 Mac, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui basah kuyup dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu.
Menurutnya ketika ditemui kira-kira pukul 6 petang, bayi yang hanya dibaluti tuala mandi itu agak lemah dan sudah tidak mampu untuk menangis lagi. Badannya juga kebiru-biruan kerana terlalu sejuk akibat hujan lebat yang turun sebelum itu.
Siapakah ibu bapa bayi itu? Yang pasti bayi itu tidak ada bapa kerana kalau ada bapa tentu dia akan selamatkan anak itu. Bapa walau sekadar mana pun sifatnya dia masih ada rasa sayang kepada anaknya sendiri. Oleh sebab itulah dalam Islam lelaki penyebab lahir anak itu tidak diiktiraf sebagai bapa.
Manakala ibunya, sudah pasti ada sebab dia yang mengandungkan bayi itu selama sembilan bulan dan dia juga yang melahirkannya. Dalam keadaan ini, agak masuk akalkah kita seorang ibu yang mengandung dan perit melahirkan bayi itu kemudiannya sanggup meletakkan bayi itu di dalam semak?
Lazimnya ibu ini ada rasa kasih sayang kepada bayinya sendiri maka kalau dia berbuat begitu tentulah kerana dia kurang siuman atau diberikan kepada orang lain yang tidak amanah. Demikian kata logik akal kita.
Mengapa sanggup
Tetapi kalau merujuk kepada kata hati dan perasaan, sebenarnya ibu bapanya sudah hilang rasa kasih dan sayang terhadap anak itu kerana terjadinya anaknya tiada atas rasa sayang menyayangi, reda meredai. Prosesnya adalah atas rasa nafsu, atau paksaan yang salah seorangnya tidak rela, apatah lagi perbuatan mereka itu turut dikongsi oleh syaitan. Kalaupun ada pasangan yang melakukannya itu secara rela, suka sama suka iaitu berzina, namun dalam hati kedua-duanya masih tersimpan rasa bimbang kalau-kalau ada orang lain yang mengetahuinya.
Kalau begitulah keadaan hati mereka, maka anak itu bukan lagi sebagai sumber kebahagiaan bagi mereka. Pada mereka, adanya anak itu boleh menambahkan kekusutan di hati mereka, sebab itulah mereka sanggup membuang atau memberi sahaja kepada orang lain. Mereka ketika itu seperti orang bila yang tiada lagi perasaan.
Walau bagaimanapun kita tidak nafikan terdapat juga ibu yang sanggup menjaga dan membesarkan anak itu tanpa bapa malah amat menyayanginya. Ibu ini seperti yang sebut di atas reda dan rela kerana telah menganggap dia bersama suaminya walaupun tidak sah. Dia sanggup bahkan tenang melakukan dosa tersebut kerana percaya kepada pengakuan lelaki itu untuk mengahwininya selepas itu.
Anak-anak yang berjaya dilahirkan atas proses inilah yang banyak didaftarkan sebagai anak tak sah taraf di negara ini. Adapun anak yang lahir hasil perogolan atau yang tidak reda kebanyakannya mati, dan sedikit sahaja yang boleh diselamatkan seperti dalam kes di atas.
Sebenarnya anak tak sah taraf ini seperti yang dilaporkan media baru-baru ini melebihi 17 ribu didaftarkan pada tahun 2009. Walaupun jumlah itu masih kecil berbanding keseluruhan bangsa di negara ini sebanyak lebih 200 ribu orang, kita harus berasa bimbang.
Siapa yang sepatutnya bimbang?
1. Pemimpin – bimbang mungkin dengan pentadbiran mereka yang kurang bermutu maka berlakulah semua ini dalam pemerintahnya. Bimbang juga kalau dunia ini nanti dipenuhi oleh anak-anak tak sah taraf malah ditadbir oleh mereka. Ini memberi peluang kepada mereka menukar pendekatan dalam mentadbir.
2. Ulama dan cerdik pandai Islam – bimbang mengapa dakwahnya tidak berkesan dalam mendidik masyarakat, risau atas kecurian mereka berdakwah menyebabkan Allah turunkan bala dan bimbang satu hari nanti anak-anak tak sah taraf ini menyalahkan mereka kerana tidak mendidik ibu bapa mereka ke arah takutkan Allah.
3. Orang ramai – mereka juga harus bimbang kerana kecuaian mereka dalam menegur sikap jiran tetangga dan taulan lalu semua ini terjadi. Mereka bimbang juga dengan pertambahan anak tak sah taraf ini menyebabkan keharmonian masyarakat tergugat. Orang ramai yang termasuk ibu bapa ini harus bertanggungjawab atas semua yang berlaku di sekeliling mereka.
Kita perlu selamatkan umat Islam dan negara ini daripada dosa dan noda tersebut dengan bertindak mengikut kedudukan masing-masing. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. :
عن أبي سعيد الخدري قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم - يقول من رأى منكرا فاستطاع أن يغيره بيده فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Yang bermaksud: “Rasulullah bersabda, sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dengan kemampuannya mengubah dengan tangan, jika tidak mampu hendak diubah dengan lidahnya, dan jika tidak mampu juga ubahlah dengan hati yang demikian itu adalah selemah-lemah iman,” (Ahkam ak-Quran Lil-Jasasah, Juz 4 mk 155)
Rasulullah menyebut tiga peringkat dakwah untuk tiga golongan iaitu:
1. Pemerintah dengan kuasanya dia perlu bertindak, mendakwa dan menghukum.
2. Ulama dengan ilmu yang ada mereka perlu bertindak dengan memberi nasihat, didikan agar mereka kembali ke pangkal jalan.
3. Orang awam yang tiada kuasa dan tiada ilmu cukuplah dengan bertindak membenci perbuatan mereka dan disusuli dengan doa. Inilah kerja hati yang boleh dilakukan dan ini jugalah yang dikatakan selemah-lemah iman.
Walau bagaimanapun bagi orang awam yang ada kuasa dan ilmu harus bertindak mengikut taraf masing-masing. Kita seharus tahu kedudukan kita dalam kes ini. Jadi, jangan biarkan kejadian itu berulang di kawasan anda.
*************************************************************************************
IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin.
KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak semalam.
Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.
Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.
“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.
“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.
Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil.
Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
Labels: Sudut pengetahuan