BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Urutan Bayi




Tanpa diluahkan dengan kata-kata, sentuhan dapat menggambarkan perasaan kasih sayang kita pada yang lain. Terutamanya bayi, yang gemar dipegang dan di belai kerana sentuhan fizikal membuatkan mereka berasa selamat dan gembira. Tiada yang lebih baik untuk memberi sentuhan kepada bayi anda selain daripada urutan bayi.
Urutan bayi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan bayi, dari segi perkembangan fizikal dan mental, seperti yang dibuktikan oleh Touch Research Institute (TRI). Dibiayai oleh Jonhson & Johnson, pusat ini dibina khas untuk mengetahui secara meluas kebaikan sentuhan terhadap kesihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi membantu melancarkan peredaran darah, memperkuatkan sistem pengimunan, mempertingkatkan perkembangan neurologikal, merangsang penghadaman dan mengelakkan kembung perut pada bayi.
Bayi yang mendapat urutan juga didapati menjadi lebih peka dan mempunyai tahap hormon tekanan kortisol yang rendah, membuatkanbayi merasa lebih tenang dan seterusnya tidur lena. Urutan juga membantu untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan bayi anda.
Ibu bapa yang memanjakan bayi mereka dengan sentuhan dan kasih sayang dapat membantu perkembangan emosi bayi mereka. Ini adalah kerana,bayi yang disayangi dan sering diberi urutan, akan membesar menjadi seseorang yang lebih berkeyakinan, tekun dan mudah bergaul dengan orang lain. Urutan bayi juga membantu mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa dan bayi.
Anda boleh mengurut bayi anda pada bahagiam muka, dada, lengan, kaki dan belakan. Berikut adalah beberapa teknik untuk urutan di bahagian dada, abdomen dan belakang selepas waktu mandi. Mengurut bayi anda selepas memberinya makan adalah tidak digalakkan.
DADA
Dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di bahagian tengah dada, tolakkan tangan ke bahagian tepi, diikuti dengan bahagian tepi tulang rusuk, seperti anda sedang meratakan helaian muka surat sesebuah buku. Tanpa mengangkat kedua-dua tangan dari badan bayi, mulakan urutan ke bahagian tengah dada dalam gerakan berbentuk hati
LENGAN DAN TANGAN
Pegang kedua-dua tangan anda sekeliling lengan bayi di atas bahu (seperti anda sedang memegang kayu besbol). Kemudian gerakkan tangan ke arah yang bertentangan depan dan belakang, dari bahu ke tangan, sambil melakukan genggaman secara perlahan.
KAKI
Pegang kedua-dua kaki seperti anda memegang kayu besbol. Kemudian gerakkan tangan keatas kaki, pusingkan arah yang bertentangan sambil menggenggamnya dengan perlahan.
ABDOMEN
Dengan menggunakan tapak tangan, urut dengan perlahan pada bahagian perut bayi. Lakukannyar bergilir-gilir menggunakan kedua-dua belah tangan.
BELAKANG
Mulakan dengan kedua-dua belah tangan pada bahagian atas belakang, di sebelah kanan tulang belakang bayi.Gerakkan tangan anda kehadapan dan belakang pada arah yang bertentangan, ke bahagian bawah hingga ke punggung dan kemudian ke bahagian atas hingga ke bahu.

0 comments: